Bukit Fraser Mempunyai Tarikan Tersendiri


Bukit Fraser terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut. Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur. Bukit Fraser ini terletak di dalam Mukim Tras di Daerah Raub Pahang.

Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser. Terdapat pelbagai cerita menarik tentang beliau tetapi tidak begitu jelas termasuk beliau sebagai pengeluar dadah opium dan perjudian di antara para pelombong di Pahang.

Pemandangan indah Kondominium Pine Resort, Fraser Hill di waktu pagi
Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimen. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga . Lebar jalan raya agak terhad iaitu hanya dua lorong dan sukar untuk berselisih kereta.

Jalan Ke Bukit Fraser
Tidak ada bas naik ke Bukit Fraser kerana jalan rayanya sempit, banyak selekoh berbahaya dan curam. Di sepanjang jalan , banyak tanah runtuh yang ditutup dengan kain plastik berbelang atau sedang diperbaiki.Kini bas boleh sampai ke puncak kerana jalan naik dan turun berasingan.Tiada lagi jadual untuk naik dan turun seperti dahulu.Menariknya tandas awam beroperasi 24jam dan bersih.

Tempat Menarik Di Bukit Fraser

Port Dickson Destinasi Percutian Popular Di Malaysia


Port Dickson, atau PD merupakan sebuah bandar pantai dan daerah di Negeri Sembilan. Maksudnya Port Dickson terletak di tepi pinggir laut.

Ia ialah kawasan yang kedua terkecil di Negeri Sembilan. Port Dickson menawarkan pantai yang tidak terlalu jauh dari bandaraya untuk penduduk tempatannya berehat.

Port Dickson juga merupakan tempat untuk berkelah, berenang dan sebagainya. Tidak jauh dari Port Dickson juga terdapat pantai seperti Teluk Kemang, Blue Lagoon dan Cape Rachado.

Menyelongkar Misteri Dan Keindahan Krabi Thailand


Wilayah Krabi menjadi salah sebuah destinasi yang sering dikunjungi di Thailand. Di selatan, Krabi terkenal dengan pembentukan batu kapur, laut tenang yang jernih dan pantai berpasir halus.

Pekan Krabi menjadi tempat yang paling dikunjungi di wilayah ini memandangkan ia menjadi jeti berlepas kepada feri ke pulau-pulau di Teluk Phangna seperti Phi Phi dan Koh Lanta. Beberapa buah pantai di tanah besar yang layak diberi perhatian berdekatan Pekan Krabi termasuk Ao Nang, Railay Beach dan Had Yao.

CIMB BANK DI PEKAN KRABI
Pekan Krabi tidak mempunyai pantai yang sesuai untuk berenang dan ia hanya berfungsi sebagai tempat persinggahan sebelum ke pulau di sekitarnya. Krabi International Airport menerima penerbangan dari Bangkok, Kuala Lumpur, Darwin dan Singapura serta terletak 15 kilometer dari Pekan Krabi.

Kebanyakan penduduk tempatan di daerah Krabi Tahiland itu adalah masyarakat beragama Islam dan selebihnya beragama Hindu, Buddha dan Kristian.

Bukit Merah Laketown Resort


MEMILIH destinasi percutian yang sesuai dengan selera seisi keluarga kini tidak lagi menjadi masalah besar kepada mereka yang ingin menghabiskan masa hujung minggu atau musim cuti bersama keluarga ataupun pasangan.

Sejak dahulu, Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) yang terletak dalam daerah Taiping, Perak, menyediakan satu bentuk percutian menarik berkonsepkan Percutian Keluarga.


Terletak di pinggir Tasik Merah, tasik semula jadi kelima terbesar di Malaysia seluas 2,800 hektar, BMLR merupakan pusat percutian 'dua dalam satu' yang unik dengan unsur moden dan alam semula jadi digabungkan membentuk sebuah resort dengan kepelbagaian aktiviti.

Pulau Redang Kaya Dengan Hidupan Laut


Pulau Redang yang terletak 45km di luar pantai Kuala Terengganu, merupakan pulau yang terbesar daripada sekumpulan sembilan pulau yang menghiasi sepanjang sisi Laut China Selatan di luar pantai Terengganu . Pulau ini menawarkan air laut yang jernih dan banyak tempat menyelam untuk peminat . Terlindung dalam Pulau Redang Marine Park, perairan di sini kaya dengan hidupan laut

Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai. Antara kemudahan di pulau ini ialah kegiatan snorkel dan junam.

Pulau Kapas Indah Dan Mempesonakan


Pulau Kapas terletak didalam daerah Marang, kira-kira 18km daripada Kuala Terenganu dan 6km daripada jeti Marang. Pulau kapas antara destinasi terkenal dikalangan ‘backpackers’ daripada pelancong luar negara dan juga pelancong tempatan.

Mempunyai pantai yang cantik dengan air kebiruan dan juga anda dapat melihat suasana matahari terbenam bersama teman-teman, bermandi-manda, snorkeling dan sebagainya.


Untuk menjimatkan dari segi makan dan minum anda boleh membeli bekalan di bandar Marang kerana harga barangan di kebanyakan pulau adalah lebih tinggi kerana kos pengangkutan. Bagi mereka yang mengambil pakej bermalam, makan dan minum anda sudah tersedia bersama pakej.


Pulau ini juga menjadi salah satu destinasi pilihan bagi mereka yang berminat dengan selaman skuba. Anda dapat menikmati kehidupan dibawah air yang indah dan mempesonakan disini.

Tempat Menarik Di Pulau Pangkor


Pulau Pangkor terletak di negeri Perak Darul Ridzuan, Memiliki keluasan 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia dan merupakan sebuah pulau tropika yang menawan.

Selain itu Pulau Pangkor memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Diantara tempat yang menjadi tumpuan pelancong adalah..